Sunday, September 12, 2010

Penilaian Aktiviti Bahasa

FORUM

* sesi perbincangan melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk.
* dijalankan secara formal.
* teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai kerana :
a) pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung
b) meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
* tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
* soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.

DEBAT

* pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
* terdapat dua pihak yang akan mengutarakan pendapat masing-masing sama ada pihak pertama terdiri daripada penyokong tajuk dan pihak kedua membangkang tajuk itu.
* huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta.
* setiap pihak haruslah yakin dan menegakkan fakta yang diutarakan.
* pihak pemnbangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk memperbetulkan fakta pihak pencadang dan sebaliknya.
* sesi pengulasan akan dibuat daripada setiap ahli setelah selesai.masa yang diberikan untuk sesi berdebat akan ditetapkan.

PIDATO

* huraian isi-isi yang melibatkan fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
* pidato bukan membaca tetapi menerangkan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
* hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.

PANTUN

* Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi tradisional bersifat peribumi.
* Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, berbentuk kias ibarat, usik mengusik, dan puji memuji.
* Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
* Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”.
* Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan
* Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
* Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.

SAJAK

* Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas berbanding puisi tradisional seperti pantun dan syair.
* Rangap dan temanya tidak terhad dan bebas.Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
* Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
* Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.

CERAMAH

* Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
* Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
* Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.antara jenis-jenis ceramah ialah :-

i) Ceramah agama

ii) Ceramah pendidikan

iii) Ceramah kesihatan

iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya

SYARAHAN

* Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :

(a) Kata alu-aluan/pendahuluan

(b) Kata-kata penghadapan

(c) Isi

(d) Penutup

* Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
* Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat bersertacontoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.
* Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan
* Peringkat / Langkah Kemahiran :

1)Persediaan

• Memahami tajuk dan kehendak soalan.• Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan

• Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan


2) Penulisan

• Menulis perenggan pendahuluan

• Mengembangkan isi-isi secara tersusun

• Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup

3)Penyemakan


• Menyemak ejaan dan tanda baca

• Menyemak tatabahasa

• Menyemak jumlah perkataan

No comments:

Post a Comment